Wednesday, April 7, 2010

Permata ke-2 Areila Sahimi

Cover Tryout 4
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yang mantap sahaja untuk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin itu okey juga. Cuma hatinya sahaja belum terbuka untuk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang di hari pernikahannya dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yang halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dengan tiba-tiba mengganggu kehormanian rumah tangga yang dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bila mana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.
Di dalam kalut dengan kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi, si hartawan punya harta tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dengan duda beranak satu itu.
Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yang curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila sudah masing-masing 2×5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim?

Monday, April 5, 2010

Masa di habiskan dengan membaca Novel...

Hadirmu Takdirku

cover7
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati,
Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Waa....feelin.....hehe...

Sepupuku Suamiku 

SS2
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.
Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.
Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Saturday, April 3, 2010

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah Din Beramboi..

KEHILANGANNYA AMAT DI RASAI

PELAWAK TERKENAL....& PENYAMPAI TOP RADIO ERA....
DIN BERAMBOI ATAU NAMA PENUH NYA....
MIOR AHMAD FUAD BIN MIOR BADRI.....
MENINGGALKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA KIRA KIRA JAM 12.30 PAGI
2 APRIL 2010, DI UNIT RAWATAN RAPI (ICU) HOSPITAL SELAYANG....
AKIBAT DEMAM DENGGI BERDARAH YANG AMAT KRITIKAL.......
NEGARA KEHILANGAN BINTANG LAWAK YANG TIADA DUA NYA........
Sedih nyer dengan kehilangan arwah Din Beramboi..sy memang minat giler kat pelawak dan penyampai top radio Era yang terkenal ni..lawak beliau yang best dan spontan je..teringat kat rancangan SPONTAN..mmg tak kering gusi menonton aksi2 spontan beliau..
kehilangan sekelip mata bintang ini begitu meninggalkan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia..Tuhan lebih meyayangi arwah.. sama-samalah kite berdoa moga roh beliau memperolehi ketenangan.. Amen...
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH DIN BERAMBOI
DIN BERAMBOI.... WE WILL MISS U FOREVER & EVER...

Friday, April 2, 2010

Baru je baca artikel ni....

Titanic : Mangsa Akhir Terselamat Meninggal Dunia

(http://www.kosmo.com.my)
LONDON - Millvina Dean, mangsa terakhir yang terselamat dalam tragedi kapal karam RMS Titanic, meninggal dunia pada usia 97 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan masih seorang bayi apabila dia diselimut dengan sehelai guni sebelum dipindahkan ke sebuah bot keselamatan semasa Titanic tenggelam di Lautan Atlantik Utara pada 1912.

Rakannya, Gunter Babler berkata, Dean menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur kelmarin.

Dia meninggal dunia di Southampton, England yang merupakan kawasan penempatan asal keluarganya sebelum mereka menaiki Titanic untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).

Kata Babler, kematian wanita itu disedari oleh seorang jururawat yang merawatnya.

Dean dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami radang paru-paru minggu lalu tetapi dibenarkan pulang setelah doktor-doktor berpuas hati dia beransur sihat.

Wanita itu hanya berusia dua bulan ketika Titanic berlanggar dengan sebuah bongkah ais pada 14 April 1912 dan karam dalam masa kurang daripada tiga jam.

Dia merupakan antara 706 penumpang kapal Titanic yang terselamat manakala bapanya adalah salah seorang dari 1,517 mangsa yang maut dalam tragedi tersebut. - AP


******************************************************************************************
Hopefully banyak la cerita2 dari milvina ni sebelum dia meninggal
yang dapat dikumpulkan... takut habis sejarah begitu saje...

Princess Diana

Terbaca Sejarah Kematian Princess Diana
so...sy ingin berkongsi sejarah ini bersama anda...
 Princess Diana
Hidupnya seperti cinderella...dari rakyat biasa akhirnya menjadi seorang puteri ....anggun, mesra semestinya cantik......
dan matinya meninggalkan nama  di hati peminatnya
 
TRAGEDI .

Pada 31 hb.Ogos, 1997, dunia dikejutkan dengan tragedi yang menyedihkan. Seorang puteri yang menjadi sanjungan rakyat telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya bersama teman lelakinya, Dodi.. Kematian Diana dikatakan berpunca daripada percubaan mereka ketika cuba melarikan diri daripada jurugambar yang dikenali sebagai 'Paparazzi'.Kereta yang dipandu oleh seorang pemandu kepada mereka berdua telah memecut kereta mercedez S600 tanpa memikirkan bahaya yang menanti di hadapan mereka. Sebelum daripada peristiwa kemalangan itu berlaku, Diana dan Dodi telah menikmati makan malam di sebuah hotel kepunyaan bapa Dodi. Henry Paul, pemandu kereta tersebut memandu dengan kadar kelajuan yang tinggi hingga melanggar terowong di Place de L'Alma,Paris. Menurut pihak polis, pemandu tersebut mempunyai kandungan alkohol tiga kali melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan Perancis. Dia juga dikatakan tidak mempunyai permit khas untuk memandu limosin. Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Pitie Salpertriere. Ini adalah kesan daripada pendarahan yang dialaminya selepas doktor cuba menyelamatkannya.



Menurut satu sumber pada mulanya, Diana tidaklah begitu teruk kecederaannya daripada apa yang disangkakan. Mata kelihatan terbuka dan mukanya masih elok. Beliau kelihatan cukup cantik dan tenang .

Pada 12.35a.m., waktu di Paris iaitu 31 haribulan Ogos apabila ambulan-ambulan daripada Paris Emergency Medical Services mendapat panggilan untuk berkejar ke tempat kejadian. Panggilan tersebut diterima daripada seorang yang menelefon talian kecemasan . Polis tiba lebih awal daripada ambulan, mereka dapat melihat mayat Dodi dan pemandunya cedera parah dan mengerikan.

Tetapi pada masa tersebut Puteri Diana masih lagi bernyawa Diana dijumpai di tempat duduk penumpang dan tangannya masih merangkul tubuh Dodi yang berada di sebelahnya. Sementara itu , Trevor Rees-Jones iaitu pengawal peribadi Dodi yang duduk bersebelahan pemandu dengan sebahagian besar kepalanya,dada dan muka cedera teruk.Anggota paramedik membantu bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.
Seorang ahli perubatan merangkak masuk ke dalam kereta tersebut untuk melihat keadaan Diana dan mendapati bahawa beliau stabil tetapi kehilangan banyak darah. Para paramedik kemudiannya menghantarnya ke hospital.

Mengikut sumber berita, dinyatakan bahawa Diana menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Punca kemalangan tersebut masih menjadi misteri di kalangan peminat dan pemerhati dunia. Ada yang menyatakan bahawa pemandu pasangan tersebut telah meminum minuman keras sebelum membawa kereta pada hari kejadian. Tetapi dinafikan pula oleh pihak keluarga Dodi dan teman-teman rapat. Siasatan mengenai tragedi tersebut masih belum dapat menentukan punca penyebab kemalangan itu berlaku sama ada konspirasi atau kecuaian pemandu itu sendiri. Sehingga ke hari ini, siasatan masih diteruskan dengan pihak pembuat syarikat Mercedes juga melakukan siasatannya yang tersendiri.
PENGKEBUMIAN DIANA.

Upacara Pengkebumian diadakan seminggu selepas kematiannya.Sesungguhnya orang ramai telah diberi kesempatan untuk melihat perarakan keranda Diana sejauh beberapa kilometer .Keranda tersebut diletakkan disebuah kereta kecil pembawa meriam dan ditarik oleh 6 ekor kuda. Kereta tersebut bergerak dari Istana Kesington, iaitu kediaman Diana sehingga ke Gereja Westmeinst er Abbey. Ketika keranda tersebut melintasi Istana St. James . Putera Charles, Putera William dan Putera Henry , bapa mertua Diana serta adik lelaki Diana mengiringi keranda tersebut sehingga sampai ke gereja, tempat upacara keagamaan diadakan .
Orang ramai yang memerhatikan perarakan tersebut berasa terharu dan ada diantara mereka menitiskan air mata sebagai tanda kesedihan pemergian Diana. Upacara pengkebumian itu disiarkan secara langsung oleh pihak media di seluruh dunia yang dapat disaksikan oleh jutaan penonton . Pemergian Diana merupakan satu kehilangan buat dunia kerana sumbangan jasa yang disumbangkan oleh beliau.

Thursday, April 1, 2010

 
SANUBARI PUJAAN

PERHATIAN yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindui lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor, dia mengambil langkah memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian.
Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi , Kauthar mem bicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunang an dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati.
Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi. Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta di jiwa Karl. Ketulusan Karl berjaya membuka semula pintu hati Kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakan. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan, yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya se mula. Dan Kauthar terpaksa memilih.
Jika jatuh cinta itu boleh dirancang... pasti tiada hati yang akan terluka.

BEST LA CITE NI....
 1st baca mcm tak best...yalah jalan cite cm sama...tapi bla dah kat pertengahan cite...wah...ada feel la pulak..hihi...

ANUGERAH CINTA

NUR AMIRA pasrah apabila dijodohkan dengan Tengku Faizal. Pertama kali bertentang mata, Nur Amira telah jatuh cinta. Bermula saat itu, dia mengabdikan dirinya dengan cinta dan kasih sayang yang mekar di dalam hati.
Namun, cinta yang bersemi tidak bersambut. Tengku Faizal tekad membenci dan menjauhkan dirinya daripada Nur Amira. Baginya, Nur Amira pemusnah cintanya bersama Julia. Dalam diam, dia merancang mendapatkan kembali Julia yang sudah pergi jauh.
Nur Amira tidak berputus asa. Demi cinta dan rumah tangga, Tengku Faizal mesti menjadi miliknya. Sebagai isteri, dia berusaha memikat hati dan cinta daripada suaminya. Biarpun rebah dan tersungkur, dia bangun dan maju selangkah demi langkah agar pandangan suami beralih ke arahnya.


C!nta Ed!s! Terhad..



CINTA EDISI TERHAD

DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi.
Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna.
Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu!
Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir.
Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha.
Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...