Saturday, November 27, 2010

Senda Pagi

Morning sayang-sayangku..hei..malas na sa pagi tuk..mah nyawa ku.. (bahasa sarawak..sorry ek pada yang tak faham..saya SARAWAKIAN..hehe..)..Ngantuk ni geng..berusaha nak "fresh" kan mata..Baru je melelapkan mata jam 4.45a.m tadi..... (jadi kelawar kedak ktk org bah)..hehehe! Pagi-pagi cmne elok kalau kita sendakan mata dengan ENTRI yang "funny" kit..bacalah...........

1) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak pesakitnya sedang menulis surat..

Jururawat: Tulis surat kat sapa tu, pak cik?
Pesakit : Aku tulis surat kat diri aku sendiri..
Jururawat: Jadi..apa yang pak cik tulis?
Pesakit : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca..

2) Seorang jururawat di hospital sakit jiwa ternampak seorang pesakitnya sedang memancing ikan di dalam baldi..

Jururawat: Banyak ke ikan dalam baldi tu pak cik?
Pesakit : Kau gila? Dalam ni mane ade ikan..

3) Sekolah menengah tempat Mazlan belajar baru dibuka. Sempena dengan sesi baru itu, sekolah berkenaan telah memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan ibu bapa pelajarnya menghubungi sekolah seandainya anak mereka tidak dapat hadir pada hari tersebut.
Suatu hari, Mazlan berpakat dengan kawan-kawannya untuk pontengdan pergi menonton wayang di KLCC. Sebaik sahaja ibu bapa ke tempat kerja, Mazlan terus menelefon pejabat sekolah di Ampang. Kata Mazlan,
" Hello...encik, saya nak beritau yang anak saya, Mazlan, pelajar 1D, tak dapat ke sekolah hari ini. Dia demam panas."
"Oo... macam tu. Kesiannya," jawab kerani bertugas, " saya akan maklumkam kepada guru kelas Mazlan. Tapi sebelum tu, boleh saya tau, siapa bercakap di sana?"
" Bapak saya," balas Mazlan..

Senda pagi Suami isteri


4) Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”
Amat: “Ya betul…”
Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”
Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”
Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”
Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”
Pian: “@#$!%^&%”


5) Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.


Cara Mengelak di Rompak
  • Untuk rumah, pasang perangkap tikus sebanyak mungkin, letakkan umpan emas atau besi atau 

         duit.
  • Untuk melindungi kereta anda, langgar apa-apa agar kereta anda kemek, pancitkan tayar anda, beli rim second hand yang buruk, beli ezsos paling murah dan jangan letak stiker pada kereta anda.
  •  Untuk motor, pancitkan tayar, cabut spark plug dan sentiasa memastikan tangki minyak kosong.
  • Untuk anak anda, beli pakaian bundle untuk mereka pakai, beri hanya 50 sen sehari pada mereka.
  • Untuk anda sendiri, jangan suka menunjuk (berdosa tau !!!)

Sekian..





Lady Bug Note Generators

0 Org Budak Cute KLIK SINI KOMEN ENTRI TINNY:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...