Saturday, November 13, 2010

Tips Berhenti Merokok

Hey..Perokok-perokok sekalian... selamat malam..Nak rokok tak?... kalau nak rokok..meh baca ENTRI ni dulu...Saya malas nak cakap banyak..tangan saya letih menaip..tapi kerana SAYANGKAN JANTUNG & PARU-PARU u olz, saya ringankan tangan share ENTRI ni dendan u olz specially PEROKOK-PEROKOK... 

OTEY..... selamat membaca...




Banyak tips untuk berhenti merokok tapi majoritinya terdiri dari perkara yang u olz kena buat atau jangan buat. Tapi agak payah untuk menghalang diri dari buat itu dan ini. Merokok ni kan satu tabiat, so agak memerlukan masa untuk berhenti. Isteri isteri, awek awek bagi lah masa dan sokongan kepada buah hati atau suami anda! (lalalalalala......)


Ni antara tips mudah untuk berhenti merokok.Korang boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi niat kena penting. Kalau ikhlas nak berhenti, lama lama mesti boleh..
1. Selalu Berpuasa.
Bila puasa, u olz tak  merokok lebih kurang 13 jam iaitu dari subuh sampai waktu maghrib. Even still boleh merokok pada waktu malam, kalau selalu puasa lama lama mesti system badan tu dah biasa, pastu dah tak ketagih sangat. Time ni la nak berjimat pon. ( Betul kew perokok-perokok sekalian???)..hehe..
2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.

Bagi hadiah kat diri sendiri kalau berjaya untuk tak merokok untuk jangka waktu tertentu. Guna duit yang sepatutnya beli rokok itu untuk beli habuan  untuk diri sendiri. Tak pun untuk isteri isteri, awek-awek yang nak suami / boyfren berhenti tu, korang cabar la suami / boypren masing masing, kalau dia  berjaya korang bagi hadiah.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
U olz mesti tak nak anak-anak u olz merokok bila diorang besar.So, kena la tunjuk sikap positif. Biasakan diri jangan merokok depan anak anak ISTERI / GIRLFREN!!. Banyak luangkan masa dengan anak-anak & orang tersayang, lagi banyak masa dengan anak anak & org tersayang lagi kurang u olz merokok.
4. Aktif bersukan.

Orang yang aktif sukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan akan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka.Cari aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan kawan kawan untuk lebih seronok dan sebagai motivasi diri.




Kalau dah semua TIPS tu u olz  malas nak buat pergi je beli NIQUITIN. Boleh pilih nak yang tampal ke yang gula gula. Pastu 5 minit je dah boleh hilang ketagihan. Tapi mahal la, lebih kurang RM50-RM75 sekotak. Pastu mesti korang cakap Lagi mahai dari harga rokok, baik beli rokok!‘…..
SAYANGILAH PARU-PARU ANDA!!!!
.P/s: xctually saya memang tak suka lelaki merokok..ngeeeeehehehehe!!!!

Tips Mengurat Awek


Morning olz... 
Wah.. ni lah dia bila mood "berbelogging" datang mengila..awal-awal pagi dah sibuk post entri..haha.. Pagi-pagi macam ni saya nak tolong u olz fresh kan mata u olz yang masih mengantuk tu..(haha..memandai je)..

Pagi ni saya ada ENTRI MENARIK khas buat kaum ADAM yang belum berpunya.. i repeat.. YANG BELUM BERPUNYA!!.. hehe.. yang dah berpunya tu..boleh baca tapi jangan BUAT!!.. saya GOOGLE..BACA..dan KONGSI dengan kaum adam yang masih single je... hehe.. Jom baca terus entri ni..

ENTRI " TIPS MENGURAT AWEK"


Ayat Mengurat Yang Pertama

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.

Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, SAYA ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.



Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.

Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. 

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.


Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan SAYA yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan..


Selamat Mengurat!!

P/s: kalau u olz dah baca ENTRY ni.. Klick kat bawah tu.. "0 org budak comel klik sini komen entri tinny".. korang boleh cerita gak pengalaman korang mengurat..ngeeee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...