Thursday, September 27, 2012

Kongsi Resipi Nasi Lalapan Ayam

Nasi Lalapan adalah antara makanan popular di Miri. Menu utamanya adalah ikan, ayam, ataupun daging yang digoreng, dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman yang segar juga tempe dan tahu. Dihidang bersama nasi yang dikukus lembut pasti membuat anda menjilat jari!

nasi lalapan di serve dgn 1 lauk (ni ayam), 4 jenis sayur (pucuk ubi, kacang panjang dan kubis yg dicelur, timun), 1 tempe goreng, 1 tauhu goreng, dan 1 serving sambal belacan. yg me nyer ni, me mintak tukar kobis dgn extra tauhu goreng =). pastu mkn ngan nasi putih dan 1 mangkuk sup. bahan perap ayam dia sama dgn bahan perap ayam nasi ayam penyet =)

Utk ayam

bahan2:

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Cara2
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Utk sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 5 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 5 biji Cili padi
  • 5 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 3 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Limau nipis
Cara2
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. Perahkan asam limau jika suka.
Utk sup
  • panaskan air rebusan ayam bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih. perasakan garam.
  • tabur daun sup dan bawang goreng sblm hidang.

Sayur2 utk dicelur (ikut suka):
  • Kobis
  • Kacang panjang
  • Pucuk ubi kayu
  • Bendi
  • Timun
Tauhu dan tempe
  • tauhu di potong 3.
  • tempe belah 6.
  • gaul tauhu dan tempe bersama rempah ayam dan sedikit garam kunyit.
  • goreng garing..



 



0 Org Budak Cute KLIK SINI KOMEN ENTRI TINNY:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...