Saturday, September 22, 2012

Sekilas..... CANTEK

Tertarik Dengan Cantik..

Sebanyak 75% responden lelaki yang dipimpin oleh jaime Confer dari University of Texas di Austin mengakui lebih terpikat dan tertarik pada wanita yang mempunyi wajah yang cantik daripada tubuh yang seksi,  Jadi pastikan anda dilindungi dan rawat wajah cantik anda dengan cara yang betul..

Alat Solek Bebas Bakteria
Selepas mengenakan solekan, jgn lupa bersihkan peralatan itu sekurang-kurangnya tiga minggu sekali.  Lebih-lebih lagi jika alat solek itu diletakakn di dlm beg tangan yg membuatkan alat kosmetik tercemar.

Sleeping Beauty
Menurut Penelitian John Axesson dari Karolinska Institude di Sweden mendapati 'ubat' untuk cantik adalah tidur yang cukup selama lapan jam sehari.  Dikatakan kurang tidur membuatkan seseorang itu kelihatan 6% kurang sihat, 4% kurang menarik dan 19% tidak bermaya.





Kacamata Nampak Lebih Tua
Kebanyakan wanita yang berkaca mata tidak mengoles matanyadgn betul.  Menurut jurusolek selebriti dunia, Brett Freedman, bagi anda yang berkaca mata berbingkai tebal, oleskan pembayang mata dari warna yang terang dan warna lembut bagi anda yang berkaca mata bingkai nipis.

Duit Untuk Cantik
Menurut kajian dari Bain & Company dan majalah Vouge terhadap 5000 wanita Amerika medapati 70% wanita di Amerika telah menghabiskan pendapatnya untuk pakaian, alat kecantikan dan aksesori yang berkualiti.

Bersihkan Gigi Anda
Walaupun teh dijadikan minuman sihat tetapi ia bukanlah pilihan terbaik untuk gigi putih.  Menurut penelitian dari University of Bristol Dental School mengataakan teh herba dan teh putih (white tea) boleh menyebabkan enamel gigi.  Jadi, gosoklah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Lakukan Sebelum Tidur
Luangkan beberapa minit utk anda melakukan rutin cantik sebelum kepala anda mencecah bantal yang empuk.  Sapukan krim mata dengan menggunakan krim mata yang mengandungi vitamin A, B, E atau K yg membantu memperbaiki kulit dan mencerahkan lingkaran hitam.

Kenapa Cepat Tua??
Antara kesalahan kecil yang membuatkan wajah anda kelihatan cepat tua adalah terlalu cepat membersihkan muka sebelum tidur.  sepatutnya, ambillah masa selama 2-5 minit mencuci muka.  Tidur dengan wajah kotor, berminyak dan penuh solekan menyebabkan jerawat dan poti membesar.

'Cantek itu Subjektif'
Sharing is loving..







0 Org Budak Cute KLIK SINI KOMEN ENTRI TINNY:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...